Friday, June 27, 2008 ' 1:13 AM
Berbasikal Kegemaran Saya
Berbasikal Kegemaran Saya!Saya suka bermain basikal kerana boleh menyihatkan badan saya. Dengan berbasikal, saya juga dapat bersuka ria sambil menikmati keindahan alam.
Dalam usia sembilan tahun, saya boleh dikatakan sudah pandai mengayuh basikal. Saya diajar oleh bapa saya. Saya amat kagum dengan ayah kerana tabah membimbing saya berbasikal. Banyak kali saya terjatuh dari basikal. Menurut ayah, kalau tak jatuh, kita tidak akan pandai mengayuh basikal. Apabila saya sudah mahir mengayuh, perasaan saya amatlah gembira sekali. Mula-mula, basikal pertama saya mempunyai empat roda, 2 roda besar dan 2 roda kecil. Setelah pandai, ayah membelikan saya basikal yang agak besar.
Saya mendapat basikal kedua saya ketika berumur sepuluh tahun. Saya mendapatnya kerana saya lulus peperiksaan akhir tahun saya.