Saturday, July 26, 2008 ' 10:30 PM
Pantun Basikal
Pantun Basikal! Tali itu ditarik-tarik, Kita bertarik di dalam khemah, Bermain basikal sungguh menarik, Marilah ikut,mengayuh bersama-sama! Terima Kasih! Hasil dari:Nur Aisyah Lyana & Nurul Kaiyisah
Thursday, July 24, 2008 ' 6:57 AM
Gambar Saya!
Inilah gambar saya! (Janganlah ketawa!!)Terlupa pula saya kerana tidak meletak gambar saya di sini! Saya minta ampun, jangan ketawakan gambar ini!
' 6:39 AM
Benda-benda digunakan untuk berbasikal
Benda-Benda digunakan untuk berbasikal Barang-barang dibawa untuk berbasikal amat penting. Jika tiada barang-barang ini, kami boleh tercederakan diri sendiri ataupun kehausan! Baca baik-baik untuk tahu, ya!- Air botol yang mengandungi air kerana kita mungkin kehausan!!
- Jika anda merasa tangan anda sakit memegang pengangan basikal, pakailah sarung tangan!
- Bawalah plaster untuk luka-luka!
- Memakai helmet untuk melindungi kepala anda dari cedera!
Itu sahajalah! Jikalau anda tahu barang-barang lain yang penting untuk dibawa, beritahu sayalah!
' 6:01 AM
Ke mana Basikalku?
Ke mana Basikalku? Dengan basikal saya, saya boleh berbasikal dengan bapa dan saudara saya, Abang Fadhli. Kami pergi ke Changi Point, Seletar road dan banyak lagi! Sekurang-kurangnya, kami berbasikal selama 2-3 jam dan 15km atau lebih! Rekod saya telah pecahkan di antara golongan kanak-kanak ialah berbasikal selama 3 jam dan 32 km dari East Coast Park ke Changi Point. Saya berbasikal dengan semua saudara remaja dan ibubapa saya! Saya adalah yang paling muda di kumpulan itu dan terpaksalah saya menjadi orang tengah berbasikal. Malam itu dingin, terasa ingin tertidur tetapi masih kuat berkayuh! Walaupun malam sudah lewat, suasana bagaikan meriah dengan ketawa sorakkan kesemua sepupu remaja saya. Setelah lama berkayuh, kami semua akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Fuh, lega betul perasaan saya! Sesudah balik dari Changi point, sepupu saya terus berkayuh dengan semangat untuk balik secepat mungkin. Apalagi, saya berkayuhlah! Penat sungguh selepas itu! Sampai sahaja ke tempat berkelah kami, aku terjun dari basikal saya dan jatuh ke rumput yang lembut. Sama juga dengan basikal saya!
' 5:47 AM
Famili Berbasikal
Famili BerbasikalBerbasikal boleh diajar ke sesiapa! Famili saya suka berbasikal dan bukan sahaja ibubapa saya tetapi satu keluarga sebelah bapa saya! Mereka aktif dan suka kegiatan sukan! Pak Cik saya akan memberitahu semua anggota keluarga saya dan jika bukan bermain bola sepak, kami berbasikal!Saya memang bersyukur mereka suka berbasikal! Saudara saya, Fadhli, suka berbasikal dan mengajar saya bagaimana aku mengayuh basikal berlumba. Dia mempunyai basikal lumbaan sendiri dan terlalu tinggi untuk saya menaikinya!
Bapa saya akan mencadangkan bila kami akan berbasikal sekeluarga tetapi untuk semua yang boleh mengayuh jauh dan cepat. Bapa saya juga akan memilih saya dan terus memberi keyakinan pada saya sendiri! Saya amat bangga.
' 4:37 AM
Gambar-gambar
Gambar-Gambar
Gambar diatas sekali dan dibawahnya menerangkan bagaimana basikal diatur di rumah saya! Dibawahnya pula, itulah saya sedang menaiki basikal! Kedua-dua foto basikal yang dibawahnya pula ialah basikal saya, 'Avalanche'!
' 2:44 AM
Buku Basikal?Pilihanku..
Buku Basikal? Pilihanku...
Walaupun saya mengayuh sepanjang hari, saya pun membaca buku juga! Buku bertajuk 'Cycle Racing' yang ditulis dari William Fotheringham memberi saya lebih lanjut tentang perlumbaan basikal. Walaupun buku ini berbahasa Inggeris, saya tahu apa isi kandungannya!
Buku ini memberikan saya maklumat yang lebih lanjut tentang lumbaan basikal, bagaimana saya harus memengurangkan gear, benda-benda apa untuk saya bawa sebelum berlumba dan banyak lagi!
Infomasi di buku ini tidak sahaja memberi pengetahuan tetapi memberi pengetahuan ke semua orang yang saya memberitahu maklumat! Jika anda tahu apa-apa tentang berlumba basikal, janganlah lokek dan memberitahu saya! Terima Kasih!
~Profil~
Hai, saya Kaiyisah! Inilah penyertaan saya dalam pertandingan blog sempena Bulan Bahasa! Saya berumur sebelas tahun dan bersekolah di sekolah
Rendah Woodgrove! Marilah 'mengembara' blog saya!Bulan Bahasa: Sempurnakan Bahasa, Gunakan Sentiasa!
*Harapan*
*Menjadi pengayuh basikal yang terkenal!
Mari ramai-ramai doakan saya supaya terkabul harapan saya!
~Kirimanku~
Saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Sanisah kerana dapat mendaftar saya ke pertandingan blogging ini dan Aisyah
yang memberi idea kepada pantun saya! Terima Kasih semua!
~Tagboard~
Tag sayalah!!Terima Kasih!